Tentera AS edar makanan mengandungi babi di Kabul?

0
240
Tentera AS dipercayai mengedarkan pek makanan mengandungi daging babi kepada rakyat Afghanistan yang menunggu di Lapangan Terbang Kabul. (instagram/zf326)

KABUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) yang berkawal di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul didakwa mengedarkan pek makanan mengandungi daging babi kepada ribuan warga Afghanistan di lokasi tersebut.

Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, perlakuan itu dimuat naik oleh seorang wanita yang sedang menunggu di lapangan terbang itu di Insta Story sebuah akaun bernama ‘zf326’.

“Memberi kami makan babi, yang tidak dibenarkan di dalam agama kami dan 95 peratus orang di sini tidak tahu membaca atau bercakap di dalam Bahasa Inggeris,” kata wanita sambil menunjukkan pek makanan yang tertulis, ‘pork sausage patty, maple flavored’.

“Mereka (tentera Amerika Syarikat) tidak memberikan kepada kami, tetapi membalingnya ke arah kami dari jarak jauh,” katanya lagi.

Agak tidak masuk akal sekiranya alasan kurang sensitiviti terhadap agama Islam digunakan, kerana tentera AS telah beroperasi di Afghanistan selama 20 tahun.

Buat masa ini, ribuan penduduk Afghanistan masih berkumpul di luar lapangan terbang dengan harapan mereka dibenarkan meninggalkan negara itu yang kini diperintah oleh Taliban.

Ia diburukkan lagi apabila kebanyakkan mereka yang berkumpul di luar lapangan terbang itu tidak memahami Bahasa Inggeris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here