Tentera AS kawal Lapangan Terbang Kabul

0
155
Tentera AAS melakukan kawalan keselamatan di sekitar Lapangan Terbang Kabul.

KABUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul bagi membolehkan operasi pemindahan keluar warga asing dan war Afghanistan yang terancam dilaksanakan.

Menurut portal BBC, buat masa ini kesemua penerbangan komersil ditangguhkan dengan hanya pesawat pengangkut tentera boleh beroperasi.

Sementara itu, pihak Kedutaan AS memaklumkan, kesemua kakitangannya telah dipindahkan ke lapangan terbang.

Keadaan di landasan Lapangan Terbang Kabul, hari ini.

Difahamkan, kira-kira 6,000 anggota tentera diterbangkan khas ke lapangan terbang tersebut bagi mengawal situasi dan mengambil alih pengoperasian kawalan trafik udara.

Pada masa yang sama, kira-kira 600 anggota tentera United Kingdom (UK) yang terdiri daripada anggota briged para dan unit khas turut dikerahkan bagi membantu operasi pemindahan tersebut.

Suasana di lapangan terbang itu dilaporkan penuh sesak dengan kebanjiran warga asing dan warga Afghanistan yang mahu meninggalkan negara selepas pihak Taliban berjaya menguasai hampir keseluruhan negara itu, semalam.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani semalam dilaporkan telah meninggalkan negara itu dan kini sedang berlindung di Tajikistan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here