Tentera dikerah bantu polis laksanakan lockdown di Sydney

0
52
Seramai kira-kira 300 anggota tentera yang tidak bersenjata dikerahkan bagi membantu pihak berkuasa menguat kuasakan arahan lockdown di Sydney.

SYDNEY – Pihak berkuasa mula mengerahkan anggota tentera bagi membantu mengawal penularan Covid-19 di bandar raya ini, hari ini.

Menurut Reuters, seramai kira-kira 300 anggota tentera yang tidak bersenjata digerakkan bagi membantu pihak polis menguat kuasakan arahan lockdown yang sudah masuk minggu keenam, hari ini.

Antara penugasan diberikan termasuk pemeriksaan dari pintu-ke-pintu bagi memastikan individu yang disahkan positif supaya berkurung dalam rumah, dan melakukan rondaan bagi memastikan arahan lockdown tersebut dipatuhi.

Wilayah New South Wales, di mana Sydney merupakan bandar utama, hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 207 kes baharu.

Secara keseluruhannya, wilayah itu telah mencatat lebih daripada 3,500 kes kumulatif sejak Covid-19 kembali menular di Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here