Terdapat cubaan beli Ahli Parlimen PH berlaku kini

0
310

CYBERJAYA – Pakatan pembangkang melaporkan terdapat cubaan membeli Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) sedang giat berlaku pada ketika ini.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, dua daripada Ahli Parlimen itu adalah wakil Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dari PKR, dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dari DAP.

“Usaha membeli sedang berjalan rancak. Beberapa MP blok pembangkang diumpan jawatan menteri,” dedah Saifuddin kepada portal Malaysia Gazette, hari ini.

Tangkap layar paparan di Facebook milik Saifuddin yang turut memuatnaik tangkap layar mesej Whatsapp yang diterima daripada individu yang dipercayai cuba membeli sokongan Ahli Parlimen PH.

Sementara itu, menurut Harian Metro, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran hari ini turut membuat satu laporan polis berikutan dakwaan terdapat individu yang cuba ‘membeli sokongannya’.

Beliau berkata, tawaran itu diterima menerusi dua mesej melalui aplikasi Whatsapp menerusi Setiausaha Sulitnya, Jeremy CHuah.

“Kandungan kedua-dua mesej berkenaan adalah mengenai tawaran posisi menteri, wang, peruntukan penuh kepada konstituensi Ipoh Barat dan lain-lain insentif.

“Ini sangat jelas membuktikan bahawa perbuatan ini mengandungi unsur rasuah untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen Ipoh Barat,” katanya ketika hadir untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here