Tersalah PPV punca Rumah [email protected] Seasons diserbu warga asing

0
460

Tangkap layar yang tular daripada sebuah video warga asing menyerbu PPV Rumah Prihatin @ Grand Seasons untuk mendapatkan vaksin

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menyerbu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini sehingga menyebabkan kesesakkan luar biasa berpunca daripada salah faham kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.

Menurut kenyataan Pengurusan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, pihaknya hanya menerima vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.

Katanya, pengambilan vaksin secara tanpa janji temu untuk warga asing sebenarnya adalah di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Jalil dan bukan di Rumah Prihatin @ Grand Season.

“Pada peringkat awal, kami mengambil tindakan bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Bagaimanapun, keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan polis dan DBKL.

“Program ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi [email protected] dan tidak melibatkan pihak lain. Kami kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa, bagi memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu tular satu video berdurasi tujuh minit 15 saat, yang menunjukkan suasana kesesakan dengan tiada penjarakan fizikal di luar perkarangan premis tersebut, tular di laman sosial sekali gus mengundang kegusaran dalam kalangan warga maya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengambil tindakan segera mengawal keadaan di PPV itu selepas tular video mengenai kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), di kawasan itu.

“Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat berkenaan, sehingga program vaksinasi selesai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP), supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here