
TOKYO – Jaguh menembak dari Ukraine terlepas pingat temasya Olimpik 2020 setelah melakukan kesilapan yang amat jarang berlaku – tertembak sasaran lawan.
Menurut The Guardian, insiden itu berlaku ketika Serhiy Kulish sedang beraksi dalam acara 50 meter (m) raifal angin.
Kulish, yang ketika itu berkedudukan keempat keseluruhan setelah 30 tembakan, tanpa sengaja tertembak sasaran lawannya.
Akibatnya, dia langsung tidak mendapat markah dalam pusingan itu, dan menyebabkan dia terus tersingkir daripada kedudukan pingat pada tempat kelapan dengan 402.2 mata.
“Saya tidak gembira dengan keadaan ini.
“Siapa yang akan menembak sasaran lawan (dengan sengaja ketika pertandingan)? Hanya saya sahaja,” jelas Kulish yang nyata marah dengan persembahan buruknya itu.
Kulish yang berkedudukan ke-2 ranking dunia berkata, kesilapan itu berpunca apabila dia hilang tumpuan akibat masalah pada pakaiannya.
“Saya sudah rasa kurang selesa apabila butang pakaian saya tertanggal.
“Tapi kerana kesuntukan masa, saya terus melakukan tembakan tanpa menyedari bahasa sasaran saya adalah papan mata orang lain,” katanya lagi.
Pingat emas acara dimenangi oleh penembak China Zhang Changhong yang meraih 466 mata, dan turut dicatat sebagai rekod dunia acara.
Pingat perak diraih oleh Sergey Kamenskiy dari Rusia dengan 464.2 mata, dengan gangsa diraih oleh penembak Serbia, Milenko Seboic yang mendapat 402.2 mata.