‘The Doctor’ umum persaraan

0
39
Rossi yang pernah beraksi bersama pasukan Petronas SRT.

AUSTRIA – Juara Dunia MotoGP sembilan kali, Valentino Rossi semalam mengumumkan persaraan dalam sukan permotoran selepas 26 tahun kariernya.

Lagenda yang popular dengan gelaran The Doctor itu mengesahkan musim 2021 di Grand Prix Austria menjadi musim terakhirnya.

Warga negara Itali berusia 45 tahun itu memenangi 115 perlumbaan Grand Prix termasuk rekod 89 kemenangan 89 di 89 MotoGP, 235 podium dalam 414 permulaan sekaligus menjadi pemegang karier terpanjang dalam kelas tertinggi sukan lumba motosikal.

Rossi memulakan karier sebagai pelumba dalam kelas 125cc bersama Aprilia pada 1996 dan menang gelaran pada musim berikutnya sebelum menyertai kelas 250 cc, kemudian merangkul gelaran dunia bersama Aprilia, tiga tahun berikutnya.

Dalam MotoGP, anak kepada pelumba motosikal Itali ini muncul naib juara pada musim pertama iaitu pada tahun 2000 sebelum memenangi gelaran dunia dalam kategori 500cc bersama Honda.

Rossi menang enam lagi gelaran bersama kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.

Dia kemudian dipintas bintang baharu MotoGP dari Sepanyol, Marc Marquez yang menang gelaran dunia pada 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

Kali terakhir Rossi menang perlumbaan adalah Grand Prix Belanda pada 2017 dan kali terakhir menduduki petak utama pada 2018 dan kali terakhir menaiki podium, setahun kemudian.

Musim 2021 adalah peluang terakhir buat Rossi merubah nasibnya dengan pasukan Yamaha-SRT, tetapi selepas sembilan perlumbaan, dia sekadar menduduki tempat ke-19

“Ini sesuatu yang menyedihkan kerana sukar untuk saya katakan bahawa tahun depan saya tidak akan lagi berlumba,” katanya pada sidang media di GP Austria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here