Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Jerai – tegas MB Kedah

0
75
Fenomena kepala air dari puncak Gunung Jerai semalam mengakibatkan ribuan harta benda musnah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai di sini yang menyebabkan berlaku banjir kilat semalam.

Beliau berkata, kejadian itu adalah berpunca daripada fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai.

“Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan tersebut diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

“Difahamkan, kejadian banjir kilat itu disebabkan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Fenomena kepala air dari puncak Gunung Jerai semalam mengakibatkan ribuan harta benda musnah

Semalam banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Gunung Jerai, Gurun dan Yan menyebabkan ribuan harta benda musnah.

Ribuan harta benda musnah dilanda kepala air dari Gunung Jerai

Dalam kejadian 4.30 petang itu juga mengorbankan nyawa seorang pekerja di pusat peranginan di Gunung Jerai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here