Tiada keperluan untuk PRK DUN Melor-SPR

0
91
Gambar Hiasan – Bendera Pas dan Barisan Nasional

CYBERJAYA- Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan dijalankan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kekosongan DUN berkenaan telah dipastikan berlaku dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri terbubar mengikut Fasal (3) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh  Kerajaan Kelantan.

Katanya, di bawah Perkara 46 (5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri Kelantan sepatutnya perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

“Mengikut Fasal (3) itu, maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.

“Speaker Dewan Negeri Kelantan telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi  kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dun Melor kosong selepas penyandangnya Dr. Md. Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April lalu.

Menurut Ikmalrudin, SPR telah menerima  pemakluman daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan melalui surat bertarikh semalam (8 Ogos 2021) berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi  DUN N.23 Melor itu.

Katanya, berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 (P.U.(A)7) yang berkuat kuasa pada 11 Januari sehingga 1 Ogos 2021 dan Seksyen  13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (PU(A)12),  peruntukan Perlembagaan mana-mana Negeri berhubungan  pilihan raya bagi pemilihan ke Dewan Undangan Negeri tidak  mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.  –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here