Tiada pengumuman senarai Kabinet petang ini-PMO

0
58
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat sebarang pengumuman senarai Kabinet hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas Ismail Sabri tiba di pejabatnya pada pukul 3.37 petang tadi.

Terdahulu hari ini, Ismail Sabri mempersembahkan senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Aging di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada pukul 11 pagi tadi.

Istana Negara dalam kenyataanya hari ini mengesahkan Perdana Menteri telah mempersembahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pukul 11.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here