Tiada siapa yang selamat- Dr. Noor Hisham

0
718
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang telah lengkap divaksin tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, cara terbaik bagi mengawal penularan varian Delta adalah dengan memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksin.

“Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang telah lengkap divaksinkan tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta. 

“Akan tetapi yang dapat mengawal penularan varian Delta adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan.

“Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

“Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here