Tiada tindakan lanjut terhadap guru

0
166
Pelajar yang mendakwa gurunya bergurau dan bercakap lucah

CYBERJAYA- Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap seorang guru yang didakwa bergurau secara keterlaluan seakan-akan menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes berkenaan.

“Saya difahamkan Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan NFA berhubung kes berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini

Pada 24 April lalu, seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here