Tiada varian Lambda di Malaysia

0
17
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sehingga kini tiada varian Lambda di kesan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr. Noor Hisham berkata, kajian penjujukan genom yang dilakukan setakat ini tidak mengesan kehadiran varian tersebut.

“Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan.

“Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita,” katanya di laman Twitter bagi menjawap pertanyaan seorang pengguna media sosial itu.

Untuk rekod, varian Lambda pertama kali dikesan di Peru sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.

Lambda dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here