Tiga anggota TUDM maut dan seorang cedera dalam kejadian tembakan

0
85
TUDM Kota Semarahan

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku satu insiden kejadian tembakan membabitkan empat anggotanya.

TUDM dalam satu kenyataannya memaklumkan, kejadian berkenaan berlaku di unit TUDM Kota Samarahan, Sarawak pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan tersebut, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika anggota terbabit sedang bertugas.

“TUDM menyerahkan kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh PDRM selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tiga anggota TUDM maut dan satu cedera dalam kejadian tembak itu.

Beliau berkata, kejadian itu difahamkan berlaku ketika masa serah tugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here