Timbalan Presiden Bersatu dilantik sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri

0
240
AHMAD FAIZAL AZUMU

CYBERJAYA – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini dilantik sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Tambun itu akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Besar Perak itu di atas pelantikan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here