Tony Pua salahkan pembangkang UMNO kembali berkuasa

0
873

Tony Pua

CYBERJAYA – Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyalahkan parti pembangkang yang turut berperanan mengembalikan UMNO ke puncak kuasa semula.

Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, dengan kembalinya pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri, ia merupakan satu tamparan hebat untuk pembangkang.

“Ditendang keluar daripada kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk.

“Tetapi memainkan peranan utama yang membolehkan Umno kembali berkuasa? Ia satu tamparan,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebooknya malam ini.

Pua berkata demikian sebagai merujuk kepada kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada tahun lalu selepas berlakunya Langkah Sheraton yang diketuai oleh pemimpin kanan PKR sehingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh bekas pemimpin PH daripada Bersatu, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, pentadbiran Muhyiddin mula goyah dan diasak oleh pembangkang sehingga menyebabkan Muhyiddin berundur pada Isnin lalu.

Susulan peletakkan jawatan Muhyiddin itu pembangkang mengharapkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk diangkat sebagai Perdana Menteri seklai gus kembali merampas kuasa.

Namun, sokongan yang diterima Anwar hanya 105 daripada ahli Parlimen manakala sokongan untuk calon daripada UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melebihi majoriti iaitu 114 sokongan.

Susulan itu Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu sekali gus menutup peluang untuk PH yang diterajui oleh Anwar kembali berkuasa selepas pakatan itu memenangi PRU Ke-15 dengan menewaskan Barisan Nasional (BN).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here