Ismail Sabri kekal bersama PN, mengaku jumpa Najib

0
1002
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan pendiriannya setia bersama parti Barisan Nasional (BN).

Namun, melihat kepada situasi negara pada masa kini, beliau berkata, aspek kepentingan rakyat perlu diberi keutamaan.

“Kepada semua ahli parti (BN), percayalah kami sebagai pemimpin memang setia dengan parti.

“Tapi kita janganlah sampai (membuat sesuatu) sehingga merugikan parti dan membebankan rakyat,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Terdahulu, Ismail mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga keabasahan kerajaan itu ditentukan di dalam Parlimen kelak.

Sementara itu Ismail juga mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Beliau berkata, pertemuan itu bagaimanapun hanyalah satu perjumpaan biasa dan butirannya tertutup hanya antara mereka berdua sahaja.

“Ya betul saya jumpa dia memandangkan dia penasihat parti dan bekas pemimpin kita.

“Datuk Seri Najib telah membuat kenyataan yang jelas pada Khamis bahawa beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini.

“Saya tidak tahu dia ubah fikiran atau tidak, tetapi dia menyatakan sokongan dan enggan melihat kerajaan ini tumbang.

“Apapun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak beliau, cuma saya boleh katakan apa yang kami bincangkan adalah tertutup antara saya dan dia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here