TPM terkejut lihat pelanggaran SOP oleh warga asing di PPV Hotel Grand Seasons, Bukit Jalil

0
629
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan situasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku ketika negara sedang menghadapi lonjakan kes Covid-19.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.

“Saya harap pihak penguatkuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ianya boleh menyebabkan penularan wabak,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Tangkap layar video yang tular di media sosial hari ini

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, bagi memastikan keadaan seperti itu tidak berulang, beliau akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak polis supaya kejadian ini dapat ditangani segera.

Terdahulu tular satu video pekerja warga asing berpusu-pusu ketika beratur untuk mengambil vaksin di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons.

Video tersebut turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkongsi video tersebut menerusi laman Facebook miliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here