Tun M menghadap Agong hari ini?

0
138
Istana Negara

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Selain Mahathir, semua ketua parti termasuk dari UMNO, Pas, Bersatu serta parti di bawah Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menghadap.

Difahamkan, semua pemimpin politik itu dipanggil menghadap bagi mendapatkan pandangan berhubung situasi semasa politik negara.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Buat masa ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here