Tun Sakaran meninggal dunia akibat Covid-19

0
168
Allahyarham Tun Sakaran Dandai

KOTA KINABALU – Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai meninggal dunia awal pagi tadi akibat Covid-19.

Menurut cucunya, Ahmad Marzuki Nasir, Allahyarham yang menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita.
Nenda tersayang kami Tun Sakaran Bin Dandai telah pergi meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 5.30 pagi di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu.

“Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-fatihah,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Tun Sakaran, 91 yang juga bekas Ketua Menteri Sabah kelapan itu dimasukkan ke hospital swasta itu sejak Rabu lalu dan baru-baru ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lalu selepas disyaki dijangkiti Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here