Turki bakal operasikan kapal pengangkut dron

0
184
Kapal LHD Turki,TCS Anadolu dijangka siap dibina pada tahun hadapan.

ANKARA – Tentera Laut Turki bakal mengoperasikan kapal penyerang amfibia (LHD) terbaharu nya, TCS Anadolu sebagai kapal pengangkut dron.

Menurut Naval News, Anadolu yang bakal dioperasikan pada tahun hadapan, boleh membawa antara 35 hingga 50 dron Bayraktar TB3, dan pesawat pejuang tanpa pemandu terbaharunya, MIUS.

Lakaran artis pesawat pejuang tanpa pemandu MIUS

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Baykar Makina, Seycuk Bayraktar, dron TB3 itu mempunyai kemampuan untuk terbang selama 24 jam dalam sehari, dan terbang pada altitud lebih tinggi.

Sementara itu, pesawat terbang tanpa pemandu MIUS pula mempunyai keupayaan untuk terbang selaju Mach 1.5 pada ketinggian 40,000 kaki.

MIUS dijangka mampu membawa pelbagai sistem persenjataan seperti peluru berpandu udara-ke-udara, udara-ke-darat, dan misil krus, dengan muatan keseluruhan sehingga 1,500 kilogram (kg).

TCG Anadolu yang kini sedang disiapkan di limbungan kapal Sedef, dibina dengan menggunakan kira-kira 70 peratus komponen tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here