Untung la siapa nama Ismail

0
117
Restoran Temerloh Catering di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

CYBERJAYA – Restoran Temerloh Catering menawarkan sajian ikan patin tempoyak percuma kepada rakyat negara ini yang bernama, berbin atau berbinti Ismail.

Tawaran istimewa itu dibuat sempena pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke sembilan, semalam melalui hantaran di akaun Facebook restoran itu tengahari ini.

“Korang tahu tak PM kita yang ke-9 ni orang mana? Orang Temerloh guys. Orang kampung koi je weh.

“Jadi, sebagai tanda support dan mengalu-alukan perlantikan beliau, kami di Restoran Temerloh Catering nak bagi FREE patin ‼️‼️ FREE guys. FREE kepada siapa?

“Sesiapa sahaja yang bernama Ismail, bin atau binti Ismail dan penghuni alamat rumah yang ada perkataan Ismail. Tunjuk Ic je guys. Senang,” kata restoran yang beralamat di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor itu.

Syarat kelayakan promosi istimewa Restoran Temerloh Catering di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri kesembilan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendapat sokongan majoriti 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akuan (SD) yang dihantar kepada Seri Paduka Baginda dan jumlah itu mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here