US FDA beri kelulusan penuh kepada vaksin Pfizer

0
116

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) semalam memberi kelulusan penuh kepada vaksin Covid-19 keluaran Pfizer.

Menurut Reuters, langkah ini sekaligus mampu menarik lebih ramai individu di negara itu untuk divaksin, dan membuka ruang kepada Pfizer untuk memasarkannya dengan terbuka.

Walaupun telah diedarkan dalam kalangan komuniti lebih awal, vaksin keluaran Pfizer itu hanya diberi kelulusan bersyarat berikutan kekurangan data klinikal dunia sebenar.

Namun, setelah beberapa bulan digunakan dalam kebanyakan program pemberian vaksin di seluruh dunia, Pfizer akhirnya mempunyai data yang mencukupi bagi memperoleh kelulusan tersebut.

Syarat FDA menetapkan, firma yang mahu mendapatkan kelulusan penuh perlu menyertakan data keselamatan dan keberkesanan produk mereka selama 6 bulan untuk diteliti dan diberikan apa yang dipanggil sebagai Lesen Biologi.

Bagi tujuan kegunaan kecemasan, firma perlu menyertakan data yang sama, tetapi hanya bagi tempoh 2 bulan sahaja.

Buat masa ini, vaksin yang akan dipasarkan dengan jenama Comirnaty itu boleh digunakan bagi individu berumur 16 tahun ke atas.

Bagaimanapun, penggunaan vaksin itu dibenarkan bagi penerima berumur antara 12 hingga 15 tahun dengan kebenaran kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here