Vaksin untuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun bermula pertengahan September depan

0
19
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas dalam kalangan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, suntikan vaksin kepada golongan itu akan bermula pada pertengahan September depan.

Khairy berkata, golongan remaja itu melibatkan semua individu berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

“Selain itu, individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu juga dibenar mendapatkan vaksinasi.

“Implementasi pemberian vaksin ini bergantung kepada bekalan vaksin,” katanya menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp satu surat pekeliling berhubung perkara itu yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here