Vaksin: Wanita hamil tidak perlu walk in, boleh dapatkan suntikan di klinik kesihatan ibu dan anak

0
103
Penerima menunggu giliran sebelum menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

LENGGONG – Wanita hamil tidak perlu walk in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV, sebaliknya boleh mendapatkan vaksin di klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu menunggu temu janji menerusi aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Justeru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) PPV.

“Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka tidak perlu melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’,” katanya  seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Bagaimanapun Dr Mohd Azmi berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara ‘walk-in’, namun mungkin hanya akan dilaksanakan selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid selesai.

“Buat masa ini, vaksinasi secara ‘walk-in’ masih ditumpukan kepada kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan golongan komorbid,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here