Varian Delta dominan di Thailand

0
90
GAMBAR HIASAN

BANGKOK – Kira-kira 93 peratus kes Covid-19 di Thailand adalah disebabkan oleh varian Delta.

Bernama melaporkan, kajian terbaharu yang dilakukan oleh Jabatan Sains Perubatan pada 14 hingga 20 Ogos menunjukkan, 2,132 dari 2,295 sampel yang diperoleh merupakan varian Delta yang dikesan di India.

“Kajian mendapati 92.9 peratus sampel yang dikumpulkan adalah varian Delta,” kata Ketua Pengarah, Dr. Supakit Sirilak.

Sementara itu, varian Alpha, yang pertama kali dikesan di United Kingdom, menyumbang 5.8 peratus daripada sampel yang dikaji

“Varian Beta pula menyumbang 1.3 peratus kes jangkitan, dengan kebanyakan sampel yang ditemukan berasal dari wilayah selatan,” katanya lagi.

Setakat hari ini, sebanyak 17,165 kes baharu Covid-19 dan 226 kematian direkodkan di Thailand, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 1,083,951 kes, dengan 9,788 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here