Varian Delta mampu membiak dalam hidung walaupun sudah divaksin – Dr Noor Hisham

0
273
Varian Delta

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan virus Covid-19 varian Delta mampu membiak dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang membiak itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi.

“Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata, varian Delta boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here