Warisan sokong Anwar sebagai PM

0
156
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

CYBERJAYA – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan kekecewaannya terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang enggan memberi sokongan terhadap calon perdana menteri dari Borneo.

Berikutan itu, beliau dan partinya akan memberi sokongan terhadap Anwar, lapor portal Malaysia Gazette.

Parti Warisan sebelum ini berhasrat menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri daripada blok mereka sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti.

Namun, difahamkan GPS telah memutuskan untuk menyokong calon Barisan Nasional, Datuk Seri Ismail Sabri bagi menjawat jawatan perdana menteri.

“Langkah ini bukan untuk diri sendiri sebaliknya, ianya telah dipersetujui oleh para pengasas negara ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mana Sabah dan Sarawak juga mempunyai hak sama rata sebagai sebuah wilayah,” kata Shafie Apdal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here