WP Labuan beralih ke Fasa 4 PPN, Negeri Sembilan Fasa 2

0
128
Perdana Menteri, datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CYBERJAYA – Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri pertama beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Sementara itu, Negeri Sembilan pula akan beralih ke Fasa 2 berkuat kuasa tarikh yang sama.

Perdana Menteri Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, situasi semasa di WP Labuan memungkinkan negeri itu beralih sepenuhnya Fasa 4.

“Perkara ini disokong data yang menunjukkan trend kes positif Covid-19 harian di Labuan menurun kepada satu digit secara konsisten selama 12 hari berturut-turut.

“Kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) (turut) menurun ke angka sifar peratus berbanding 30 peratus pada bulan sebelumnya,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menambah, berpandukan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Labuan sudah mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa.

Bagi Negeri Sembilan, Ismail Sabri berkata, situasi semasa menunjukkan kadar penggunaan wad ICU semakin menurun, daripada lebih 120 peratus kapasiti pada hujung Mei kepada kurang daripada 40 peratus semalam.

“Bagi Negeri Sembilan, keadaan Covid-19 juga bertambah baik… Perkembangan tersebut adalah selaras dengan pencapaian kadar vaksinasi yang semakin tinggi iaitu 72.3 peratus daripada kalangan populasi dewasa yang telah menerima dua dos.

“Ini menunjukkan bahawa Negeri Sembilan berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok dalam masa terdekat,” kata lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here