Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong ucap takziah pemergian Tun Ahmad Sarji

0
54

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan supaya seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Seri Paduka berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.

“Seri Paduka berdua turut menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam negara yang amat disegani dan dihormati,” jelas Istana Negara dalam satu kenyataan.

Allahyarham yang dilahirkan pada 16 September 1938 di Tapah, Perak, pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996, sewaktu era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarham juga merupakan pengasas dan pengerusi pertama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 dan dilantik semula sebagai pengerusi IKIM pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here