Zahid Hamidi tiba di Istana Negara

0
83
Kenderaan membawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istanan Negara

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presiden UMNO itu tiba pada pukul 1.47 petang dengan menaiki kenderaan jenis Lexus bewarna putih melalui Pintu 2 Istana Negara.

Pada hari ini 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Ismail Sabri berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here