17,577 kes dilaporkan pada hari ini

0
39
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA- Sebanyak 17,577 kes baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 2,067,327 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,480 kes, diikuti Selangor dengan 2,646 kes) dan Johor (2,334 kes).

“Seterusnya, Perak (1,596 kes), Sabah (1,533 kes), Pulau Pinang (1,462 kes), Kedah (1,173 kes), Kelantan (869 kes), Pahang (832 kes), Terengganu (719 kes), Kuala Lumpur (366 kes), Melaka (287 kes) dan Negeri Sembilan (198 kes).

“Sementara itu, Perlis (41 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan (10 kes),” katanya di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here