18,762 kes baharu Covid-19 hari ini

0
43
Petugas kesihatan menggunakan kaedah Rapid Test Kit (RTK) Antigen dalam program saringan Covid-19.

CYBERJAYA- Kes positif baharu Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan iaitu 18,762 kes berbanding 20,897 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah 1,765,016 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah dengan 2,430 kes.

“Seterusnya diikuti Sarawak (2,414), WP Kuala Lumpur (573), Johor (1,993), Kedah (1,585) Negeri Sembilan (291) dan Pulau Pinang (1,762).

“Seterusnya Kelantan (1,504), Perak (899), Melaka (309), Pahang (715), Terengganu (506)WP Labuan (3), WP Putrajaya (34) dan Perlis 33 kes,” katanya dalam hantaran Facebooknya miliknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here