19,057 kes baharu dilaporkan hari ini

0
19
Seorang lelaki melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan Covid-19

CYBERJAYA – Sebanyak 19,057 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes di Malaysia ketika ini sebanyak 1,824,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,775 kes.

Dr Noor Hisham berkata, ia seterusnya diikuti Sarawak sebanyak 2,723 kes, Sabah sebanyak 2,279 kes dan Johor sebanyak 2,077 kes.

“Seterusnya Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes), Kelantan (1,434 kes), Kedah (1,329 kes), Kuala Lumpur (711 kes), Terengganu (605 kes), Pahang (410 kes), Melaka (338 kes) dan Negeri Sembilan (242 kes).

“Selebihnya Perlis (99 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here