2 lagi tahanan ‘Prison Break’ ditangkap semula Israel

0
113
Ayham Kamamji dan Munadel Nufeiat ditangkap semasa serangan tentera Israel di Jenin, utara Tebing Barat.

BAITULMAQDIS – Dua lagi tahanan Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa kira-kira dua minggu lalu, ditahan semula oleh tentera rejim Zionis hari ini.

Menurut laporan media tempatan Ayham Kamamji dan Munadel Nufeiat ditangkap semasa serangan tentera Israel di Jenin, utara Tebing Barat.

Pada 6 September lalu, Ayham bersama Munadel dan empat lagi tahanan Palestin berjaya meloloskan diri daripada penjara tersebut.

Bagaimanapun, empat yang lain ditangkap semula selepas hampir semimggu berjaya meloloskan diri.

Ayham, 35, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sejak 2006 di atas kesalahan membunuh penduduk Israel dan terlibat dalam aktiviti bersenjata yang menyasarkan penduduk Israel.

Munadel, 26, pula menjalani hukuman penjara sejak 2019 tanpa pertuduhan yang jelas.

Kedua-dua pemuda itu yang berasal dari Jenin merupakan anggota pejuang Palestin, Islamic Jihad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here