2 tahanan rakyat Palestin yang lolos dari penjara ditahan semula

0
196
Dua tahanan rakyat Palestin itu ditahan semula di Nazareth lewat malam semalam

BAITULMAQDIS – Dua daripada enam orang tahanan Palestin yang lolos daripada penjara di Israel baru-baru ini ditahan semula.

Polis Israel berkata, dua banduan itu ditahan polis dari bahagian utara, bandar Nazareth.

“Polis mengesan dan mengejar mereka menggunakan helikopter.

“Mereka tidak melawan ketika ditahan di selatan Nazareth,” memetik laporan media tempatan.

Kedua-dua tahanan itu ialah Yaqoub Qadri, 48, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 45.

Menurut laporan media tempatan, Mahmoud ialah dalang rancangan pembolosan berkenaan.

Media Israel melaporkan, polis mendapat maklumat banduan itu daripada penduduk tempatan yang melihat dua lelaki berkenaan

Tidak lama selepas penahanan itu diumumkan, tentera Israel berkata, roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel, namun berjaya dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

Israel sebelum ini memburu enam tahanan rakyat Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa dengan menggali terowong di bawah singki, Isnin lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here