20,988 kes baharu hari ini

0
13
Seorang kanak-kanak ditemani bapanya menjalani ujian saringan Covid-19

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 kembali melepasi angka 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,988 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes si Malaysia ialah 1,786,004 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,073 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,992 kes dan Kedah sebanyak 2,455 kes.

“Sabah (2,329 kes), Johor (2,145 kes), Pulau Pinang (1,600 kes), Kelantan (1,247 kes), Perak (990 kes), Terengganu (987 kes), Kuala Lumpur (731 kes), Pahang (599 kes), Melaka (407 kes) dan Negeri Sembilan (301 kes).

“Seterusnya diikuti Perlis (90 kes), Putrajaya (37 kes) dan Labuan (5 kes),” katanya di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here