21,176 kes baharu di seluruh negara

0
45

CYBERJAYA – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di dalam negara semakin menghampiri angka 2 juta, apabila sebanyak 21,176 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif pandemik terkini kepada 1,940950 kes.

Dalam ciapan beliau hari ini, Noor Hisham memaklumkan, Sarawak mencatat kes harian tertinggi dengan 3,734 kes dilaporkan.

Selangor di tangga kedua dengan 3,595 kes, diikuti Johor di tangga ketiga dengan 2,297 kes.

Untuk rekod, hari ini merupakan hari pertama negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kuala Lumpur mencatat 467 kes baharu, manakala Putrajaya pula hanya 21 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus.

Kedah mencatat peratusan tertinggi penggunaan katil ICU iaitu sebanyak 123 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here