2,500 guru tolak vaksin diberikan tugasan lain di sekolah, bukan hanya goyang kaki di rumah

0
181
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melawat Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di Yan, Kedah hari ini.

YAN – Sebanyak 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin akan diberikan tugasan lain di sekolah dan bukannya hanya goyang kaki dirumah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dakwaan guru-guru itu hanya goyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah adalah tidak benar.

“Kalau ada yang mengatakan mereka tidak ada kerja hendak dibuat, itu tidak betul. Di sekolah ada banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan dan mereka akan diberikan tugasan itu.

“Sebenarnya juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan selanjutnya terhadap guru-guru ini selaku penjawat awam,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam hari ini.

Media sebelum ini melaporkan guru yang menolak vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar apabila sekolah dibuka pada bulan depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dakwaan mengatakan guru-guru tersebut hanya goyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah adalah tidak benar.

Menurut Radzi, kementerian pada masa sama akan mengeluarkan garis panduan kepada guru terlibat mengenai tugas sesuai bakal dilakukan mereka apabila tidak boleh mengajar di kelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here