3R on Wheels di Malakat Mall bermula Oktober ini

0
15
Siti Azielah (dua dari kanan) bersama wakil Alam Flora ketika sesi lawatan ke Malakat Mall baru-baru ini.

CYBERJAYA – Malakat Mall akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn Bhd dalam projek 3R on Wheels.

Pengurus Acara Malakat Mall, Siti Azielah Wahi berkata, kerjasama itu ialah untuk menjadikan Malakat Mall sebagai lokasi pengumpulan bahan buangan domestik.

Siti Azielah berkata, program 3R on Wheels di Malakat Mall itu akan bermula pada Oktober depan dan masyarakat setempat juga dijemput untuk menjayakannya.

“Pada minggu ke tiga setiap bulan bermula Oktober ini, Alam Flora akan datang untuk membeli bahan buangan domestik. Kita akan jadikan kawasan parking Malakat Mall sebagai lokasi kutipan.

“Melalui program ini, bahan buangan boleh tukar kepada duit. Biasanya Alam Flora buat program ini di kawasan komuniti tetapi, kali ini mereka memilih pusat beli belah Malakat Mall untuk bekerjasama.

“Jadi penduduk sekitar Cyberjaya jangan lepaskan peluang terbaik ini. Kita akan membuat hebahan lebih lanjut mengenai program ini dalam masa terdekat,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Program 3R on Wheels

Menurut Siti Azielah, selain barangan buangan domestik yang menjadi kebiasaan, melalui program berkenaan, orang ramai juga boleh menjual semula minyak masak terpakai kepada Alam Flora.

“Wakil Alam Flora baru-baru ini sudah membuat lawatan ke tapak untuk dijadikan lokasi pengumpulan. Kami rancang untuk memperbanyakkan lagi aktiviti bagi memeriahkan lagi program.

“Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan mewarna dan banyak lagi. Namun, ia juga bergantung kepada situasi semasa dan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Dalam pada itu katanya, Malakat Mall mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjalinkan kerjasama menganjurkan pelbagai program termasuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Untuk sebarang pertanyaan untuk menganjurkan program dengan kerjasama Malakat Mall boleh hubungi 012-3965312.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here