5 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air bermula 28 September

0
56
Gambar Hiasan

CYBERJAYA-  Sebanyak lima kawasan di Hulu Langat bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 28 September ini bermula pukul 9.00 pagi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan secara berjadual bagi penggantian injap.

Katanya, penyelenggaraan itu membabitkan penggantian injap di tiga lokasi di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.

“Gangguan dijangka bermula 28 September jam 9 malam sehingga jam 6 pagi 30 September dan kerja ini sudah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada di tahap terbaik pada masa hadapan.

“Kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula jam 9 malam pada tarikh berkenaan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 30 September jam 6 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurut Elina, bekalam dijangka pulih secara berperingkat mengikut lokasi kawasan yang terbabit dengan gangguan berkenaan.

Antara kawasan terbabit ialah Balakong, Green Park Resident, Bandar Sungai Long, Taman Bukit Palma dan Bandar Mahkota Cheras.

Air Selangor menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan itu dan merujuk saluran rasmi syarikat berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini.

Pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Air Selangor jika mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan bantuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here