6 individu dikompaun kerana rentas negeri melancong ke Pulau Redang

0
68
Pulau Redang

KUALA TERENGGANU – Seramai enam individu dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 seorang kerana merentas negeri untuk melancong ke Pulau Redang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, individu berkenaan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita yang berumur 32 hingga 47 tahun.

Rohaimi berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan melalui Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Sektor Pelancongan.

“Daripada enam individu itu, dua didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang dan Melaka.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP bagi mengelak penularan Covid-19 di Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rohaimi, tindakan tegas juga akan diambil kepada mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP termasuk membenarkan pelancong dari Luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here