61 kes varian bahaya dikesan, 20 di Selangor

0
128
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBYERJAYA – Sebanyak 61 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dikesan dalam negara antara 31 Ogos sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam data yang dikongsikan di Facebook berkata, sebanyak 20 kes varian Delta dilaporkan di Selangor diikuti Johor (14), Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu kes.

Manakala Sabah mencatat 19 kes VOC iaitu 17 kes varian Delta dan dua Beta.

“Kajian berterusan Institut Biologi Molekular Perubatan UKM (UMBI) mengenal pasti 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan 38 kes.

“(Kes berkenaan) kesemuanya VOC iaitu 36 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351),” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dijangkiti wabak kategori VOC dan varian perlu diwaspada (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebanyak 1,365 kes VOC manakala baki kes VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC, sebanyak 1,141 kes varian Delta, Beta (211), Alpha (14) manakala VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat) serta Eta (tiga),” katanya.

Sementara itu, laman web CovidNow melaporkan sebanyak 413 kes kematian sebenar Covid-19 dan kematian tertunggak (backlog) dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam semalam.

Daripada jumlah 413 kes tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 111 kes dan diikuti Kedah (54 kes), Johor (52 kes), Sabah (39 kes), Kelantan (36 kes), Pulau Pinang (33 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Pahang (15 kes), Melaka dan Perak (masing-masing 13 kes), Kuala Lumpur (lapan kes) serta Terengganu dan Sarawak (masing-masing lima kes).

“Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Putrajaya dan Labuan.

“Ini menjadikan jumlah kes kematian terkini COVID-19 mencecah 21,124 kes.

“Selain itu, sebanyak 176 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan semalam,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, sebanyak 104 kes kematian sebenar turut dicatatkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here