67.4 peratus populasi dewasa selesai terima dos penuh vaksin Covid-19

0
15
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 67.4 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka ini adalah bersamaan dengan 15,772,760 individu.

JKJAV menerusi perkongsian satu infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 36,141,604 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Kata JKJAV lagi, 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk mereka yang menerima vaksin dos tunggal buatan CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos dengan 134,559 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 165,942 adalah dos lengkap.

Untuk rekod, PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here