807 kes memandu lawan arus dikesan sejak Januari lalu

0
12
Kes kemalangan babitkan pemanduan melawan arus

KUALA LUMPUR- Sebanyak 807 kes pemanduan melawan arus dikesan sejak Januari lalu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Ka Siong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes dikategorikan kes maut, 17 kes parah, 49 kes ringan dan 712 kes rosak.

“Kes memandu lawan arus kebelakangan ini kerap dilaporkan. 

“Kes ini disebabkan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah. Perkara ini amat membimbangkan,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berhubung statistik kes pemanduan lawan arus, faktor penyebab dan langkah menanganinya.

Menurut Ka Siong, dalam hal itu Kementerian Pengangkutan telah menguatkuasakan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bermula 23 Oktober tahun lalu.

Kata beliau, pindaan itu antara lain meningkatkan kadar denda serta tempoh penjara mereka yang melakukan kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here