82.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksin dua dos

0
9

CYBERJAYA – Sebanyak 82.5 peratus atau 19,311,563 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya memaklumkan, sehingga tempoh itu, jumlah penerima dos pertama adalah sebanyak 22,599,346 manakala 19,336,889 individu sudah lengkap menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, sebanyak 93.6 peratus atau 21,903,061 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Manakala bagi suntikan remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 25,326 atau 0.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini telah memberikan 41,847,256 dos vaksin yang terdiri daripada 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua

Sementara itu, sebanyak 250 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi (24 Sept), menjadikan jumlah kumulatif kematian kini sebanyak 24,931.

Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi sembilan kematian sebenar Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam (24 Sept), manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, sebanyak 91 kes kematian sebenar akibat Covid-19 dicatatkan.

Sebanyak 49 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here