Afghanistan: Pengasingan jantina di semua pusat pengajian tinggi

0
10
GAMBAR HIASAN

KABUL – Kerajaan Taliban mengumumkan pelajar wanita hanya dibenarkan menghadiri kelas satu jantina sahaja di universiti.

Para pelajar turut diwajibkan mematuhi tatacara pemakaian Islam jika ingin menghadiri kelas tersebut, lapor The Guardian.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Abdul Baqi Haqqani dalam satu sidang akhbar, semalam.

Beliau turut menambah, pengasingan jantina antara lelaki dan wanita akan dilakukan di semua institusi pengajian tinggi.

“Kami tidak akan membenarkan percampuran jantina dalam suasana pembelajaran,” katanya dalam sidang akhbar itu.

Para pelajar wanita akan diajar oleh pensyarah wanita, manakala matapelajaran yang akan diajar perlu melalui tapisan kementerian dahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here