Akhirnya Caprice pulang ke Malaysia

0
78
Caprice

CYBERJAYA – Akhirnya penyanyi rap, Caprice berangkat pulang ke Malaysia selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi kemanusiaan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi perkara berkenaan di Telegram miliknya MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.

Bagaimanapun Caprice tidak menceritakan lebih lanjut tentang masa penerbangan dan ketibaannya di Malaysia.

Menurut Caprice, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.

Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, Caprice pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here