Aktivis anti-vaksin terkenal Israel meninggal dunia akibat Covid-19

0
478
HAI SHOULIAN

TEL AVIV – Aktivis anti-vaksin terkenal Israel, Hai Shoulian dilaporkan meninggal dunia semalam akibat Covid-19.

Menurut laporan Israeli National News, Shoulian,57, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Wolfson di Holon, sejak minggu lepas selepas disahkan positif.

Pasukan perubatan melaporkan, keadaan kesihatan mendiang merosot sejak dirawat, namun, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Shoulian masih kekal menentang vaksin Covid-19 dan menyeru supaya para pengikutnya “meneruskan perjuangan”.

Sebelum meninggal dunia, mendiang sempat memuat naik gambarnya yang terkini ke laman Facebooknya.

“Situasi saya sekarang kritikal, dan saya tidak mampu untuk bercakap dengan sesiapa.

“Badan saya kekurangan oksigen, dan keadaan (kesihatan) saya kurang stabil,” kata Shoulian dalam kapsyen gambar itu.

Mendiang turut menambah, dia akan kembali sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu lagi dengan bantuan tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here