Aktiviti sukan tertutup dibenarkan beroperasi semula di negeri Fasa 1 PPN

0
19
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti sukan tertutup, riadah dan rekreasi beroperasi semula di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kebenaran untuk menggunakan fasiliti sukan tertutup tidak melibatkan aktiviti di gimnasium.

“Fasiliti sukan dan aktiviti komersial tertutup dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.

“Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan perniagaan kedai bunga, peralatan outdoor dan perumahan dibuka semula pada Jumaat ini bagi negeri fasa satu.

Selain itu, katanya, bagi negeri yang terletak di fasa dua dan tiga pula, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kencantikan dibenarkan.

Terdahulu, dalam kenyataan sama, Perdana Menteri mengumumkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa Kedua PPN Jumaat ini.

Susulan itu, hanya tinggal Johor dan Kedah yang masih berada dalam Fasa Satu PPN.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here